Aku ni bukanlah orang yang pandai sangat nak cakap atau nak mengata orang tapi cuma kadang-kadang tu ada lah juga terasa hati apabila ada pihak yang sewenang-wenangnya mengutarakan kata-kata yang berunsur kesat tanpa memikirkan perasaan orang lain. Yalah memang kami pun tahu bahawa menjadi seorang yang berunsur 'suka sesama jantina' itu salah. Tetapi saya percaya kami juga perlu diberikan perhatian. bukanlah kamu meminta sehingga semua menerima perkara ini dengan hati yang terbuka tetapi sekurang-kurangnya hormatlah kami. Ya, saya tahu bahawa mungkin anda adalah antara yang cuba menentang kami kerana anda beranggapan bahawa apa yang kami buat adalah dosa, tetapi jika difikirkan semula, perbuatan anda yang menyebabkan golongan seprti kami ini hidup dalam ketakutan dan sentiasa berasa terancam juga merupakan sebuah dosa kerana setiap manusia itu lahirnya merdeka! Ya, mungkin ada yang terasa hati dengan kata-kata ini tetapi inilah hakikatnya yang kita harus tahu. Walaupun ANDA dilahirkan sebagai individu yang normal, tidak bermakna anda boleh merosakkan kehidupan orang lain khususnya dengan membuatkan mereka tertekan dan berasa tidak selamat bersama dengan masyarakat sekeliling. Jika benar anda ingin membantu, bantulah dengan cara yang baik. Just want you to know, this is not what we ask for, this is a test for PLU and we are trying our very best to stay out of it...